Wednesday, 2 November 2011

BAB 3: 3.2

Aku mengelap rambut yang tidak pernah panjang. Setelah berpuas hati dengan penampilan aku pada hari itu, aku menapak turun ke bawah. Kelihatan papa, mama dan Haris berada di meja makan.

"Selamat pagi semua?" sapa aku. pipi papa aku cium. Begitu juga dengan pipi mama.

"Pagi. Awal anak papa bangun!" Aku hanya tersenyum. Haris tiba-tiba menyuakan pipinya ke arah aku apabila aku mengambil tempat di sebelahnya. Aku mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

"Nak apa?" aku bertanya apabila melihat Haris masih lagi tidak mengalihkan mukanya yang disua kepada aku.

"Cium!" kata-kata daripada Haris membuatkan aku yang sedang minum jus oren, tersedak.

"Gilo ko apo?" ha..kan dah keluar loghat Perak. Aku menyuakan penumbuk ke arahnya.

"Ini ada..mau?" Genggaman tangan aku suakan ke mukanya.

"Mau..mau...!" Haris menyuakan mukanya hampir dengan muka aku.

"Wei...kan dah cakap! Area ni reserved untuk hubby aku ja la," aku menolak kepala Haris yang hanya beberapa inci dari muka aku. Kedengaran papa dan mama ketawa kecil.

"Ceh! Kedekut!" kutuk Haris sambil menolak kepala aku.

"Kan dah cakap, jangan main kepala. Ni kepala bayar zakat tau," aku mula menyinga. Yerla, perut belum berisi, hantu malaun ni dah cari pasal.

"Ish korang ni...asyik berjumpa ja gaduh. Gaduh ja mesti berjumpa. Kata kamcing..kamcing apanya macam tu," bebel mama. Kami hanya tersengih.

"Mana kitorang gaduh, kita main-main ja kan..," Bela Haris sambil meminta persetujuan kepada aku.Aku hanya mengiyakan.

"Lah..kamcing la plak!" rungut papa lak. Kami hanya ketawa. 

Monday, 31 October 2011

BAB 3 3.1

"Ya Allah! Budak bertuah ni. Tido sini." Telinga saja tiba-tiba terasa bingit dengan suara mama yang nyaring itu. Kalau masuk pertandingan nyanyi kalah Datuk Siti.

"Bangun Rin! Bangun," mama mengejutkan aku yang masih lagi mengkerekot di sofa panjang.

"Ngantuk la mama!" aku merenget. Bantal kecik aku sembamkan ke muka.

"Mama tak kira. Rin bangun sekarang. Tak malu ke tido menonggeng macam tu kat ruang tamu. Dengan pizza..dengan coke!" mama mula membebel.

Pizza! Come! Ruang tamu!

Aku melompat bangun berdiri terpacak. Berhadapan dengan mama. Memandang muka mama yang terkejut dengan tingkah laku aku yang tiba-tiba itu.

"Ya Allah budak ni! Kena sampuk agaknya," mama mengurut dadanya.

"Dah siang ke mama?" tanya aku bodoh.

"Dah pagi la sayang. Dah pergi mandi!" arah mama sambil mengemaskan baki pizza semalam. Aku melabuhkan punggung di kerusi cuba mengingatkan balik apa yang terjadi.

Aduh! Otak aku masih lagi bengong!

Mandi lah!

Aku terus berlari pantas menuju ke tangga, menuju ke bilik untuk mandi.

Friday, 28 October 2011

BAB 2:2.2

Aku terus meneliti kerja seni aku. Amat berpuas hati. Minggu depan aku akan ke Korea selama seminggu. Rasa cuak jugak apabila menjadi wakil dari Malaysia. Sebenarnya bukan aku seorang saja yang pergi. Ada dekat 10 orang yang akan mengikuti rombongan itu. Semuanya adalah penyumbang seni. Tak kiralah sama ada seni lukisan ke arca ke? Asalkan itu namanya seni.

Sekarang ni aku ada satu masalah. Nak mintak kebenaran daripada kedua orang tua aku tu! Aku ni plak bukan boleh berenggang langsung dengan mereka. Nasib baiklah Universiti Malaya dekat saja. So, hostel aku kat rumahlah. Hhehehe..baik tak aku ni!! Ceh perasan!!?

Aku menanggalkan apron yang penuh dengan cat dan tanah liat. Arca yang berbentuk patung manusia itu aku biarkan saja di atas surat khabar. Untuk mengeringkan cat. Perlahan aku membuka pintu bilik dan turun ke bawah. Perut aku yang lapar menutut aku untuk mencari makanan walaupun jam di dinding sudah menginjak ke pukul 1 pagi.

Aku membuka peti ais. Mencari saki baki lauk yang dimakan tengah hari tadi. Hampa. Tiada. Mungkin sudah habis, ataupun sudah dibuang. Aku memegang perut yang berbunyi.

Sudah menjadi kebiasaan keluarga aku untuk tidak makan malam. Malam hanya dihidangkan dengan kuih muih atau makanan ringan sahaja. Oleh sebab itulah aku serba sedikit pandai untuk memasak kuih muih yang agak renyah untuk dibuat. Selalu jugak kawan-kawan aku menempah kuih muih kepada aku apabila ada jamuan ataupun keraian terutama sekali puding kelapa muda.

Krutkkk.........

Perlahan tangan aku menggosok perut aku. Aduh!! kritikal lak perut aku nih! Ingin memasak aku malas apabila memandang dapur yang kemas dan bersih itu. Malas aku nak mengotorkannya.

Aku menuju ke ruang tamu. Mencapai telefon. Cuba mengingati nombor yang takk pernah aku hafal tetapi dek kerana selalu aku mendengarnya, aku seakan boleh mengingatinya.

"1300-88-2525," aku menekan nombor. Cuba untuk mendail nombor yang betul.

'Ha..betul pun!' aku menjerit namun, hanya dalam hati sahaja la.

"Saya nak Ultimate Cheesy 1," beritahu aku kepada operator Pizza. Setelah memberitahu alamat rumah, aku berlari ke bilik untuk mengambil duit.

Seperti yang dijanjikan, tidak sampai 15 minit aku menunggu, terdengar deruman motor berhenti dihadapan rumah aku.Setelah memberikan bayaran, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Semerbak bau Pizza membuatkan aku kecur. Perut aku makin rancak bermain gendang kencana.

Aku membuka bungkusan Pizza. Menarik sekeping potongan pizza dan...ngap!!!

Tuesday, 25 October 2011

BAB 2:2.1

Aku menggoncang botol cat yang berwarna merah tanah dan perlahan aku sembur ke arah tanah liat yang terdapat di atas helaian surat khabar. Projek seni itu akan aku hantar ke Korea untuk satu pameran yang dianjurkan di sana.

Sebenarnya ini semua kawan baik aku punya pasal, si Nadia. Dia sebenarnya sama-sama satu kos dengan aku semasa berada di Universiti Malaya dulu. Suruh aku buat itula, inila...last-last dia jugak yang senang lenang sebab baru bersalin anak kembar. Hampeh tul! 

Friday, 21 October 2011

BAB 1:1.2

"Macam tu la Haris. Entah apa la yang dibuatnya kat atas tu. Rahsia katanya," beritahu mama apabila aku berlalu. Kedengaran ketawa halus terbit di bibir mereka-mereka yang berada di meja makan itu.

Selesai saja berpakaian, aku terus saja menuju ke bawah. Tiada siapa di meja makan. Aku menjenguk je ruang tamu. Kelihatan Haris berada di situ sedang membaca surat khabar.

Pinggan di atas rak aku capai. 2 senduk nasi lemak aku letak di atas pinggan. Sedikit sambal, anak bilis goreng, kacang, telur rebus sebijik dan hirisan timun. Ermm..lengkap menu aku hari ini. Tak payah ambik lunch nanti. Hehehhe...boleh ke? Selalunya masakan mama tidak pernah aku tolak. Hehehehe....

Aku meletakkan mug yang berisi jus oren dan pinggan berisi nasi lemak di atas meja di ruang tamu. Duduk di tepi Haris tetapi berlainan kerusi. Remote Astro aku cakap. Menekan channel 615, channel cartoon. Channel kesukaan aku. Tayangan Tom & Jerry telah bermula. Aku kusyuk melihat sambil ketawa.

"Tak habis-habis dengan cartoon dia!" kutuk Haris. Surat khabar dilipat dan diletakkan di atas meja kopi. Tiba-tiba aku melihat Haris mencapai pinggan nasi lemak aku.

"Woi, belum habis lagi la," marah aku sambil menjegilkan mata ke arahnya.

"Start pun belum," katanya sambil bibirnya menjuih ke arah pinggan nasi. Aku turut mencerlung mata ke arah pinggan nasi lemak aku yang ternyata belum terusik. Aku terus mempamerkan gigi, tersengih ke arahnya.

"Sengih-sengih....! Makan cepat. Asyik tengok cartoon jer..perangai pun dah macam cartoon," aik! bila masa plak Haris pandai membebel nih! Aku memandang ke arahnya.

"Apahal tengok-tengok ni?" Tanya Haris apabila aku tidak lepas memandang ke arahnya sambil menguntum senyuman misteri. Hehehehehe....

"Awak pergi tukar pakai baju kurung ngan kain batik la. Pastu jangan lupa letak bedak sejuk. Baru sesuai kalau awak nak bebel tu," mulut aku memang takdak insurans. Selamba badak ja aku main redah mengutuk pakcik tu!

Kuk!

"Adoi." sapa plak la yang telah memberanikan diri meluku kepala awek yang paling cun didunia nih! Ingat kepala ni tak bayar cukai ke?

"Awak!" jerit aku geram. Dia telah mencicit lari meninggalkan aku yang berada di ruang tamu.

Aku terus mengejarnya hingga ke taman. Naik penat aku mengejar 'jejaka idaman ramai' itu. Kuat sungguh dia lari. Aku terduduk di atas rumput. Menghilangkan lelah. Haris juga ikut berhenti. Dia kelihatan bernafas dengan payah.

Tanpa dia sedari, aku mencapai getah paip yang selalu mama siram pokok bunganya. Hujung getah aku tuju betul-betul mengenai Haris. Dengan sekali pulas saja, memancut air keluar dan mengenai Haris. Aku menjerit kegirangan melihatnya basah.

"Kahkahkah...sebijik macam itik nila pakai tie dan kot pergi mandi kolam daa....,"

"Rin." Ketawa aku terhenti. Aku melihat Haris yang sudah bertukar wajah menjadi Hulk. Cuma yang bezanya Hulk ni bukan berwarna hijau, tetapi berwarna merah ala ala pucat sikit. Dia menuju ke arah aku. Aku mengundur kaki perlahan-lahan.

Belum sempat aku membuka langkah seribu, dia sudah berada di depan aku. Aku hanya tersengih melihat mukanya yang serius. Cuba memancing simpati sebenarnya.

Brushhhh.

Aku terkebil-kebil. Entah masa bila dia mengambil timba yang dipenuhi dengan air dan menyiram aku, aku pun tidak tahu. Aku terus memandangnya dengan perasaan kurang percaya. Kelihatan terjungkit senyuman nakal menghuni di tepi bibirnya.

"Awak........!" aku menjerit lantang. 

Tuesday, 18 October 2011

Bab 1:1.1

Ketukan dipintu membuatkan aku membuka mata dengan malas. Selimut yang bergumpal aku tendang hingga ke hujung kaki. Dengan mata yang separuh terbuka aku menuju ke arah pintu bilik.

"Kejap!" Aku bersuara malas. Pintu bilik aku bukak dengan muka aku diletakkan di pintu bilik.

"Bangun! Dah pukul berapa ni?" suara mama mambuatkan aku menggosokkan mata.

"Ngantuk la mama!" aku mula merengek. Bahu mama aku peluk. Kepalaku terlentok di bahu mama. Mama hanya menggeleng kepalanya.

"Amboi, anak papa ni, baru bangun?" tegur papa yang berada di meja makan. aku menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelah papa.

"Tido lewat la semalam papa. Banyak kerja." suaraku perlahan.

"Lau yerpun, pergila basuh muka dulu!"

Tiba-tiba satu suara menegurku membuatkan aku membuka mata luas-luas. Macam kenal!

'Alamak! Abang Haris!' aku mula kalut. rambut yang kusut aku betulkan dengan jari.

"Bila Abang Haris sampai?" tanya aku sambil ingin tersenyum. Namun tidak jadi apabila memikirkan aku belum menggosok gigi. Malu weh!

"Rin gi mandi dulu," beritahu ku kalut tanpa menunggu jawapan dari Haris.

Prolog

Aku tidak tahu bagaimana harus aku gambarkan perasaan aku. Kegembiraan yang aku sangkakan berkekalan akhirnya berkecai jua. Panas yang aku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Namun, aku masih lagi mengharapkan pelangi menjelma selepas hujan berhenti nanti.

Aku masih lagi disini. Cuba untuk membina kekuatan dan ketabahan. Bermohon agar aku tidak rebah lagi dalam meniti hari demi hari, masa tiap masa.

Rumah yang pernah aku tinggalkan masa dulu dalam mencari kebahagiaan yang ku kira berkekalan, kembali aku pijak. Dulu, rumah ini penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang. Namu, kini hanya penuh dengan kesunyian dan kehambaran. Tiada lagi pelukan ciuman kasih sayang. Tiada lagi riuh rendah suara yang memecah keheningan malam. Yang ada kini hanyalah kesedihan dan seribu penyesalan.

Perlahan pintu bilik mama dan papa aku buka. Kelihatan ranjang yang dilitupi dengan kain putih untuk menghalang habuk dari menghinggapi barang yang ditinggalkan. Mata aku melilau melihat sekeliling. Suasana yang sedikit suram itu langsung tidak menyeramkan aku. Malah, membuatkan kaki aku kuat untuk melangkah memasuki kamar yang pernah menjadi bukti kehangatan belaian mama dan papa kepada aku!